
MONZA – Rancangan untuk mengadakan perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) di kota raya New York tidak kesampaian untuk kalendar perlumbaan musim 2014 namun menyaksikan Mexico kembali semula sebagai salah satu gelanggang.
New Jersey meletakkan harapan untuk menjadi sirkit dengan panorama bangunan pencakar langit Bandaraya New York, sebaliknya Mexico berjaya menganjurkan semula sejak kali terakhir pada 1992 di litar Hermanos Rodriguez.
Korea Selatan juga termasuk dalam kalendar F1 untuk pusingan ke-21.
Draf pertama kalendar perlumbaan musim 2014 didedahkan kepada pasukan yang mengambil bahagian menjelang GP Itali, hari ini.
Namun, draf perlumbaan itu perlu diluluskan FIA dalam mesyuarat majlis tertingginya di Croatia pada September 26 hingga 28 September ini.
Sekiranya diluluskan dan semua sirkit perlumbaan disahkan, ia bakal menyaksikan satu perlumbaan yang panjang dalam sejarah F1.
Draf kalendar F1 2014:
16 Mac- Australia (Melbourne)
23 Mac- Malaysia (Sepang)
6 April – China (Shanghai)
13 April- Korea Selatan* (Korea International Circuit)
27 April- Bahrain (Sakhir)
11 Mei- Sepanyol (Barcelona)
25 Mei- Monaco (Monaco)
8 Jun – Kanada (Montreal)
22 Jun – Austria (Red Bull Ring)
6 Julai- Britain (Silverstone)
20 Julai – Jerman (Hockenheim)
27 Julai – Hungary (Budapest)
24 Ogos – Belgium (Spa)
7 September – Itali (Monza)
21 September – Singapura (Marina Bay)
5 Oktober – Jepun (Suzuka)
19 Oktober – Russia* (Sochi)
26 Oktober – Abu Dhabi (Yas Marina)
9 November – Mexico* (Mexico City)
16 November – USA (Circuit of the Americas, Austin)
30 November – Brazil (Interlagos). – AFP
0 komentar:
Posting Komentar