Kamis, 30 Januari 2014

Indonesia labur AS 5 1 bilion di Singapura

0 komentar

RABU, 14 MAC 2012

Dr Yudhoyono dan Perdana Menteri Lee bersalaman di Istana Bogor, di Jawa Barat, bagi acara retreat sehari yang berlangsung semalam. Kedua-dua pemimpin membincangkan soal hubungan dua hala dan kerjasama ekonomi yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.


SINGAPURA - PEMIMPIN Singapura dan Indonesia semalam melahirkan komitmen untuk memperkukuhkan jalinan ekonomi dua hala, dengan tumpuan kali ini diberikan kepada usaha mempertingkatkan lagi kerjasama dalam membangunkan Kawasan Ekonomi Khas (SEZ) di Batam, Bintan, dan Karimun (BBK).

Dalam hal ini, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang bertemu bagi retreat sehari di Istana Bogor semalam, telah mengarahkan Kumpulan Kerja bagi BBK meneliti isu-isu yang dapat meningkatkan lagi persaingan bagi ketiga-tiga kawasan tersebut.

Kumpulan Kerja bagi SEZ BBK itu adalah salah satu daripada tujuh kumpulan kerja yang dibentuk menyusuli retreat antara kedua-dua pemimpin itu pada Mei 2010.

Tujuannya adalah bagi mempertingkatkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang pelaburan; pelancongan; laluan udara; sumber tenaga; perniagaan berteras pertanian; dan kerjasama dalam memerangi pengganasan.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai kerjasama ekonomi itu, Encik Lee berkata:

Indonesia memberi tumpuan kepada pelan pembangunan strategik ekonomi dan inginkan penyertaan syarikat-syarikat Singapura.

Saya kata, ya, kami menggalakkannya. Kami harap pemerintah Indonesia akan menarik perhatian firma-firma Singapura dan menerangkan tentang peluang-peluang dan peraturan yang ada, rancangan jangka panjang, 10-20 tahun mendatang...

Kami menyentuh tentang BBK yang Singapura terlibat dalam satu kerjasama jangka panjang, dan saya memberitahu presiden (Dr Yudhoyono) bahawa terdapat banyak potensi yang belum dimanfaatkan sepenuhnya.

Jika kita dapat mengatasi beberapa cabaran dan menangani masalah-masalah yang dihadapi syarikat-syarikat (yang beroperasi di BBK), seperti dalam soal cukai, imigresen dan hubungan buruh, hal-hal ini telah wujud agak lama dan diharapkan dapat ditangani dengan lebih baik lagi, kata beliau sambil menekankan bahawa Dr Yudhoyono menyedari hal ini dan akan berusaha menanganinya.

Dr Yudhoyono dalam pada itu, semasa pertemuannya dengan media Indonesia, menyifatkan SEZ BBK sebagai tulang punggung ekonomi negaranya.

Singapura mempunyai peluang besar meningkatkan pelaburannya di Indonesia.

Sejajar dengan pertumbuhan ekonomi, pemerintah Indonesia juga memperuntukkan dana yang cukup besar bagi pembangunan prasarana (dan) Singapura menjadi salah satu penghubung ekonomi yang kuat, kerana Singapura bisa ambil bahagian dalam investasi di Indonesia, ujarnya.

Singapura merupakan pelabur asing utama Indonesia bagi tiga tahun berturut-turut, dengan pelaburan mencapai AS$5.1 bilion ($6.43 bilion) pada tahun lalu.
Read more ►

Jumat, 20 Desember 2013

Misteri Wanita Vietnam Menjadi Tua Dalam Masa 5 Tahun

0 komentar
Misteri: Wanita Vietnam Menjadi Tua Dalam Masa 5 Tahun



Perubahan wajah seorang wanita Vietnam yang menjadi tua dalam masa lima tahun kini membingungkan para doktor di negara itu.
Lima tahun lalu umur Nguyen Thi Phuong ialah 21 tahun dan wajahnya cantik mencerminkan rupa paras seorang gadis di umur itu.
Namun, kini umurnya 26 tahun tetapi wajahnya umpamanya wanita yang sudah berusia lebih daripada 70 tahun.
Kulit muka, dada dan perutnya kendur.
“Kulit perut saya berlipat umpama seorang wanita yang bersalin sedangkan saya belum pun mempunyai anak,” katanya.
Bagaimanapun, kitaran haid dan jumlah gigi, rambut serta pemikirannya masih seperti wanita muda.
Katanya, perubahan terhadap dirinya bermula selepas dia menjamah makanan laut pada tahun 2008.
Mungkin disebabkan alergik, dia mengalami gatal-gatal di seluruh badan.
Mulanya Nguyen memakan ubatan hospital yang menghilangkan rasa gatal tetapi meninggalkan parut gatal.
“Kemudian saya beralih kepada ubat tradisional, rasa gatal dan parut itu hilang namun kulit saya pula yang mula kendur dan berlipat,” katanya.
Beliau dan suaminya tidak ingat ubat tradisional apakah atau di mana ia dibeli.
Suaminya, Thanh Tuyen mempertahankan versi cerita isterinya itu dan setia bersama Nguyen walaupun wanita itu sudah kehilangan keremajaan wajahnya.
Wanita itu bagaamanapun bernasib baik apabila menerima rawatan percuma dari Hospital Universiti Ho Chi Minh yang mana para doktornya mengesyaki dia mungkin mengalami masalah kulit peringkat serius yang dinamakan mastocytosis.
Daripada diagnosa yang dibuat, doktor yakin antara 50 hingga 70 peratus keadaan kulitnya yang asal mungkin dapat dikembalikan.
Read more ►
 

Copyright © Tak terasa Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger