Sabtu, 28 Desember 2013

Juliana Evans Nafi Cinta Dengan Mat Salih Seronok Dengan Kehidupan ‘Single’

0 komentar

Juliana Evans Nafi Cinta Dengan Mat Salih, Seronok Dengan Kehidupan ‘Single’
Juliana Evans Nafi Cinta Dengan Mat Salih, Seronok Dengan Kehidupan ‘Single’ - DI sebalik Taufan Sandy yang melanda di New York awal minggu lalu, pelakon Juliana Evans yang turut melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Amerika Syarikat, tidak terlepas daripada kontroversi apabila dirinya dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan seorang jejaka dikenali sebagai Nate Miller.

Khabar angin itu bertebaran berikutan penyebaran tiga keping gambar Juliana yang dilihat mesra bercuti bersama lelaki itu baru-baru ini di beberapa portal hiburan tempatan.
Juliana yang menyedari mengenai gosip terbaru melanda dirinya itu lantas memuat naik kenyataan di laman Twitternya awal pagi tadi dengan menegaskan, “Teman lelaki? Saya tak punya masa untuk itu!”
Saya seronok dengan kehidupan ‘single’!” katanya.

Juliana yang popular dengan drama bersiri Kami dan filem seperti Hantu Bonceng, turut menyatakan keutamaannya sekarang adalah untuk fokus pengajian apabila ditanya seorang peminatnya di laman sosial tersebut.

Juliana turut mengecam sesetengah media di Malaysia yang tidak merujuk dengannya mengenai maklumat itu.
“Media di Malaysia, boleh tak tanya kepada saya dulu sebelum membuat apa-apa andaian? Tiada seorang pun yang bertanyakan saya?” katanya.

Pelakon kacukan Inggeris-Melayu ini mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di University of Michigan selama dua tahun sejak awal tahun ini.

Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Evans sebelum ini hangat digosipkan dengan pelawak terkenal, Zizan Razak.

Bagaimanapun mereka telah menafikan perkara itu, sebaliknya mengatakan hubungan mereka tidak lebih daripada kawan baik.

Juliana sebelum ini pernah bercinta dengan vokalis kumpulan Bunkface, Sam, yang juga abang kepada pelakon Siti Saleha. – Sinar Harian
Read more ►

Jumat, 27 Desember 2013

Bush dedah dia pernah bertanya kehidupan seks seorang wanita

0 komentar

LOS ANGELES - Bekas Perdana Menteri Amerika Syarikat (AS) yang membuat keputusan melancarkan perang Iraq pada 2003, George W. Bush mengakui dia sedang mabuk semasa bertanya kepada seorang wanita mengenai kehidupan seksnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Bush mendedahkan dia membuat pertanyaan itu di depan isteri dan ibu serta bapanya.

Menurut Bush, dia yang berhenti meminum minuman keras pada 1986 berkata, soalan itu ditujukan kepada seorang rakan wanita ibu bapanya semasa satu majlis makan malam.

Sikap Bush itu menyebabkan suasana majlis itu senyap seketika.

Beliau membuat pendedahan itu semasa ditemu ramah dalam program televisyen, The Today Show.

"Saya mabuk di meja makan malam di rumah ibu dan bapa di Maine," katanya kepada hos program itu, Matt Lauer.

Dia muncul dalam program itu selepas bersara sebagai Presiden pada 2009 setelah berkhidmat selama dua penggal.

"Adik lelaki dan perempuan saya berada di sana, isteri saya, Laura turut berada di sana.

"Saya duduk di sebelah seorang wanita yang cantik, rakan ibu dan bapa saya. Dan saya menyatakan kepadanya (rakan wanita ibu dan bapanya) dengan kuat, apakah kehidupan seks selepas berumur 50 tahun?" kata Bush.

Wanita itu yang namanya tidak didedahkan menganggapnya ia sebagai gurauan, katanya.

Rakaman temu ramah akan disiarkan hari ini.

Menurut Bush, minatnya terhadap minuman keras tidak berlaku semasa dia menjadi Presiden AS.

"Tetapi, semasa saya ke White House, saya tidak pernah minum minuman keras bagi tempoh yang lama.

"Saya tidak pernah minum minuman alkohol sejak itu. Apabila saya pergi ke gereja, jika terdapat wain dalam perhimpunan masyarakat, saya tidak akan menyentuh wain," katanya.

Menurut Bush, dia tidak lagi minum minuman keras demi keluarganya. - Agensi
Read more ►

Jumat, 22 November 2013

Burung burung Angry Birds di Kehidupan Nyata

0 komentar
- Siapa yang tidak tau game yang satu ini. Saya sendiri sangat suka memainkan game “burung marah” ini. Game ini mulanya tersedia hanya untuk platform Ipad dan Iphone. Namun seiring berjalannya waktu game ini tersedia di Android dan PC Windows (entah kapan support Linux).
Permainannya pun tergolong unik dan mudah, kita menarik burung dari ketapel dan mengincar target atau bahkan menghancurkan struktur bangunan yang melindunginya. Untuk yang satu ini rasanya teman-teman tidak perlu dikasih tutorial lagi ya (udah pada pinter semuanya).
Karakter nyata  burung di Angry Birds ternyata tidak ada di dunia. Unik sekali apa yang dilakukan Mohamed Raoof sebagai penggemar Angry Birds. Dia mewujudkan burung Angry Birds dalam rekayasa digital.

Rupanya gambar rekaan digital bikinan Raoof disukai para temannya. Ini memotivasi dia membuat gambar karakter Angry Birds yang lain. Menurutnya, setiap gambar membutuhkan waktu pembuatan sekitar 2 jam karena digarap lebih serius.

"Aku mencoba merefleksikan wujud dan warna dari burung itu, dari yang berwarna merah sampai yang hijau. Kukira aku bisa menangkap karakter mereka," tambah dia. 
Saat saya lihat memang mirip banget sama karakter Angry Birds asli (dalam game). Wah jadi serasa hidup nih burung di Angry Birds.

Bagaimana teman? Serasa hidup kan? Okey lanjut lagi mainin Angry Birds-nya.
Read more ►
 

Copyright © Tak terasa Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger