Jumat, 27 Desember 2013

Bush dedah dia pernah bertanya kehidupan seks seorang wanita

0 komentar

LOS ANGELES - Bekas Perdana Menteri Amerika Syarikat (AS) yang membuat keputusan melancarkan perang Iraq pada 2003, George W. Bush mengakui dia sedang mabuk semasa bertanya kepada seorang wanita mengenai kehidupan seksnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Bush mendedahkan dia membuat pertanyaan itu di depan isteri dan ibu serta bapanya.

Menurut Bush, dia yang berhenti meminum minuman keras pada 1986 berkata, soalan itu ditujukan kepada seorang rakan wanita ibu bapanya semasa satu majlis makan malam.

Sikap Bush itu menyebabkan suasana majlis itu senyap seketika.

Beliau membuat pendedahan itu semasa ditemu ramah dalam program televisyen, The Today Show.

"Saya mabuk di meja makan malam di rumah ibu dan bapa di Maine," katanya kepada hos program itu, Matt Lauer.

Dia muncul dalam program itu selepas bersara sebagai Presiden pada 2009 setelah berkhidmat selama dua penggal.

"Adik lelaki dan perempuan saya berada di sana, isteri saya, Laura turut berada di sana.

"Saya duduk di sebelah seorang wanita yang cantik, rakan ibu dan bapa saya. Dan saya menyatakan kepadanya (rakan wanita ibu dan bapanya) dengan kuat, apakah kehidupan seks selepas berumur 50 tahun?" kata Bush.

Wanita itu yang namanya tidak didedahkan menganggapnya ia sebagai gurauan, katanya.

Rakaman temu ramah akan disiarkan hari ini.

Menurut Bush, minatnya terhadap minuman keras tidak berlaku semasa dia menjadi Presiden AS.

"Tetapi, semasa saya ke White House, saya tidak pernah minum minuman keras bagi tempoh yang lama.

"Saya tidak pernah minum minuman alkohol sejak itu. Apabila saya pergi ke gereja, jika terdapat wain dalam perhimpunan masyarakat, saya tidak akan menyentuh wain," katanya.

Menurut Bush, dia tidak lagi minum minuman keras demi keluarganya. - Agensi
Read more ►

Sabtu, 21 Desember 2013

Seorang parah 4 cedera ringan

0 komentar
RANTAU PANJANG – Empat cedera ringan manakala seorang lagi parah apabila kereta yang dinaiki bertembung dekat Pusat Tarbiyah Pas, Rantau Panjang, jam 2.15 petang, kelmarin.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, pemandu kereta Perodua Viva berwarna hijau, Wan Norhayati Wan Yusof, 56, patah kaki dan anak perempuannya yang berusia 17 tahun, cedera ringan.

Manakala, pemandu kereta Perodua Viva berwarna hitam, Ahmad Zahrieleh Ismail, 22, bersama dua lagi rakannya, Tengku Mohd Hafizi, 24 dan Nor Fatihah Wan Yusof,20, mengalami cedera ringan.

Kesemua mangsa yang terlibat katanya, dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurutnya, Norhayati yang juga peniaga dekat Lati, baru sahaja selesai membeli belah dekat Rantau Panjang, menuju ke Pasir Mas.

Namun, setibanya di tempat kejadian berlaku pertembungan di antara kedua-dua kenderaan secara bertentangan.

“Kita masih menyiasat punca kemalangan dan meminta saksi yang melihat kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Pasir Mas untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba II (PBK), Azuhan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.19 petang dan bergegas ke tempat kejadian menggunakan satu jentera dan enam anggota.

Setibanya di tempat kejadian katanya, penumpang dari kedua-dua kereta berjaya dikeluarkan.

“Kita mengambil masa hampir lima minit untuk mengeluarkan pemandu yang tersepit.

“Bagi mengelak berlakunya kebocoran minyak, pihak bomba turut memastikan tidak berlaku sebarang kebocoran minyak, yang boleh menyebabkan kebakaran kenderaan,” katanya.

Kemalangan ini menyebabkan kesesakan lalu lintas, hampir satu kilometer di kedua-dua arah.
Read more ►

Selasa, 17 Desember 2013

Pelik Seorang Lelaki Melakukan Operasi Payudara Untuk Menghindari Kejaran Polis

0 komentar


Polis menemukan satu modus penyamaran baru yang dilakukan oleh seorang buruan di China, iaitu dengan menanam implan silikon di dadanya, dan menyamar sebagai wanita.
Ming, 21, memang seorang penjenayah yang boleh dikatakan sedikit aneh dan pelik. April lalu ia mencuri wang dari bosnya yang merupakan pemilik sebuah salon rambut di Changzhou, Provinsi Jiangsu. Menghindari kejaran polis, Ming menempuh pola hidup nomad, berpindah-pindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Disamping itu, ia juga melakukan operasi implan payudara serta menyuntikan hormon wanita ke tubuhnya agar dapat menyamar sebagai seorang wanita.
Namun segala usahanya itu ternyata terbukti tidak terlalu ampuh. Polisi berhasil menemukan dan menangkap dirinya di Xinyang.
Yang bikin kes ini sedikit aneh, jumlah wang yang dicuri Ming dari bosnya berjumlah 7.000 Sedangkan biaya operasi payudara rasmi di China mencapai angka yang lebih daripada wang di curinya. Jadi apakah payudara barunya itu dipakai Ming agar ia terhindar dari polis, atau sejak awal ia memang berniat mencuri wang demi mendapatkan sepasang payudara barunya itu? Jawabannya hanya Ming yang tahu.
sumber: Shanghai Daily
 borakkosong
Read more ►
 

Copyright © Tak terasa Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger